Logo-MBBYMALAYSIAN BOARD ON BOOKS FOR YOUNG PEOPLE

Persidangan Antarabangsa Buku Kanak-Kanak 2010

22-23 Mac 2010, Putra World Trade Center (PWTC) Kuala Lumpur

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

 

PENGENALAN

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) menganjurkan Persidangan Buku Kanak-kanak dengan tema "Literasi Kanak-kanak dalam Dunia Yang Berubah" (Children's Literacy in the Changing World). Bagi MBBY, ini merupakan persidangan yang ke-4 yang telah dijalankan sejak tahun 2004. Lima aktiviti akan dijalankan sepanjang Persidangan ini iaitu satu sesi Seminar, dua sesi Bengkel Selari dan satu Pameran & Peraduan Ilustrasi.

OBJEKTIF

  • Memberi penekanan tentang keperluan dan kepentingan literasi kanak-kanak dalam dunia semasa yang berubah.
  • Menggalakkan minat dan kecenderungan dalam penulisan dan pelukisan buku kanak-kanak. Memberi latihan kepada penulis dan pelukis buku kanak-kanak dalam penghasilan karya secara serius.
  • Memberi peluang peserta untuk berinteraksi dengan penulis dan pelukis berpengalaman.
  • Mendedahkan peserta dengan idea-idea baru dalam dunia penulisan dan pelukisan buku kanak-kanak.

AKTIVITI

AKTIVITI 1: SEMINAR BUKU KANAK-KANAK

Beberapa pembentang kertas kerja akan dijemput untuk membicarakan tajuk-tajuk penting yang berkaitan dengan tema persidangan ini, iaitu "Literasi Kanak-kanak dalam Dunia Yang Berubah". Seminar ini dibuka kepada semua peserta persidangan sebelum mereka masuk ke bengkel masing-masing.

AKTIVITI 2: BENGKEL PENULISAN BUKU KANAK-KANAK

Bengkel ini akan dikendalikan oleh Dr Amidah Abdul Hamid, penulis dan penilai buku yang berpengalaman. Beliau akan meneroka proses penulisan bersama-sama dengan para peserta dan menukarkan idea ke dalam karya yang menarik dan berkesan. Pada akhir bengkel, setiap peserta diharap dapat menghasilkan manuskrip yang boleh diterbitkan. Untuk menyertai bengkel ini setiap peserta hendaklah bersedia dengan idea atau kerangka cerita kanak-kanak.

AKTIVITI 3: BENGKEL ILUSTRASI BUKU KANAK-KANAK

Bengkel ini akan dipimpin oleh ilustrator terkenal, iaitu Yusof Gajah. Beliau akan membimbing peserta tentang peri pentingnya kefahaman tentang hubungan antara imej dan teks dalam penghasilan buku kanak-kanak yang berjaya. Pendekatannya memberi tumpuan pada teknik-teknik penting dalam ilustrasi untuk membina eksperimentasi dan profesionalisme. Para peserta perlu mempunyai latar belakang seni dan hendaklah bersedia dengan manuskrip atau cerita untuk buku kanak-kanak.

AKTIVITI 4 dan 5: PAMERAN & PERADUAN ILUSTRASI

Aktiviti ini diselenggarakan oleh Sdr Zamri Ibrahim. Beliau akan mempamerkan ilustrasi-ilustrasi terbaik yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis tempatan untuk tatapan pengunjung. Beliau juga akan mengendalikan peraduan ilustrasi untuk golongan remaja (13-17 tahun) di tempat pameran. Peserta perlu memilih salah satu daripada tema yang telah ditetapkan, iaitu (i) Tokoh Malaysia; atau (ii) Watak dalam Cerita Malaysia. Sesiapa yang ingin menyertai peraduan ini hendaklah mendaftar lebih awal untuk mendapatkan tempat yang terhad dan perlu membuat ilustrasinya di ruang yang ditetapkan. Peserta perlu membawa alat ilustrasi masing-masing, iaitu sebarang media kering sama ada pensil, charcoal, pensil warna atau krayon. Hanya kertas yang akan disediakan. Pemenang akan menerima hadiah wang tunai seperti berikut: Pertama: RM250; Kedua: RM150; Ketiga: RM100; dan Lima Saguhati: RM50 setiap satu.

ATUR CARA

  • Aktiviti 1: Seminar Buku Kanak-Kanak akan diadakan pada 22 Mac 2010. Seminar bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
  • Aktiviti 2 dan 3: Bengkel Penulisan dan bengkel Ilustrasi akan dijalankan serentak selama dua hari, iaitu 22-23 Mac 2010. Bengkel akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.
  • Aktiviti 4: Pameran ilustrasi akan diadakan berterusan pada 22-23 Mac 2010
  • Aktiviti 5: Peraduan Ilustrasi akan diadakan pada 22 Mac 2010 dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

PENYERTAAN

Orang ramai yang ingin menyertai persidangan ini boleh melakukan pendaftaran awal dengan mengisi borang penyertaan yang disediakan dan menghantarnya melalui pos atau faks. Pendaftaran juga boleh dilakukan melalui e-mel. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 18 Mac 2010. Bayaran untuk bengkel adalah sebanyak RM100.00. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek atas nama MAJLIS BUKU KANAK-KANAK DAN REMAJA MALAYSIA (MBBY) dan hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang penyertaan. Bayaran boleh juga dibuat semasa pendaftaran hari pertama Persidangan.

FASILITATOR

  • YUSOF GAJAH - Yusof Gajah atau Mohd Yusof Ismail pernah mendapat pengiktirafan yang tinggi dari dalam mahupun luar negara. Antara pencapaian beliau ialah anugerah Grand Prix (The Real Gajah) Noma Concours for Children's Picture Book di Tokyo pada tahun 1997. Beliau aktif mengadakan pameran di dalam dan luar negara. 
  • DR AMIDA ABDUL HAMID - Beliau merupakan ahli akademik, penulis dan penilai sastera yang berpengalaman luas. Pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Media dan juga Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Universiti Malaya. Antara karya beliau ialah Dari Jendela Terbuka (Sejambak Puisi Kanak-Kanak) 2009, "Rangkaian Falsafah" dalam analisis Sastera 2008, Kasih Disemai Sayang Dituai, Laju Perahu Laju (Puisi Kanak-Kanak) 1983 dan Si Burung Togel (Kumpulan Cerpen Kanak-Kanak).

AJK PERSIDANGAN

Penasihat:

  • YBhg. Datin Paduka Hajah Shahaneem Hanoum (MBBY)
  • Encik Abdul Halim Ismail (MBKM)
  • Encik Ahmad Redza Ahmad Khairuddin (MBBY)

Pengerusi Bersama:

  • Profesor Dr Md Sidin Ahmad Ishak (Univ. Malaya)
  • Puan Norhayati Razali (MBKM)

Kesetiausahaan:

  • Puan Rosidah Ismail
  • Puan Anita Mohd Jali

Ahli Jawatankuasa:

  • Perhubungan dan Pendaftaran: Sdr Rastam Jamali Zubir, Cik Siti Ezaleila Mustafa
  • Bengkel Penulisan dan Ilustrasi: Sdr Zulkifli Abdul Latiff, Sdr Fadli Abdullah
  • Pameran dan Peraduan Ilustrasi: Sdr Zamri Ibrahim, Sdr Rastam Jamali Zubir