Logo-MBBYMALAYSIAN BOARD ON BOOKS FOR YOUNG PEOPLE

Tabung MBBY untuk Kanak-kanak dalam Krisis

Tujuan Tabung ini adalah untuk menawarkan bantuan kepada kanak-kanak yang menghadapi malapetaka dalam kehidupan mereka seperti bencana alam, peperangan atau kemunduran. Diharap program ini bukan sahaja akan memberi sokongan dan pertolongan tetapi juga kesan jangka panjang dalam sesebuah komuniti dan seterusnya memenuhi matlamat MBBY untuk memperjuangkan Hak Menjadi Pembaca bagi kanak-kanak.

Berdasarkan criteria yang ditetapkan, MBBY akan memilih komuniti tertentu untuk diberi bantuan. Kriteria asas adalah seperti berikut:

  • Kewujudan situasi krisis jangka pendek atau panjang dalam komuniti kanak-kanak.
  • Kewujudan rakan kongsi MBBY yang berkemampuan jika diperlukan.
  • Kekuatan projek dan kemungkinan kesan jangka pendek dan jangka panjang dalam memenuhi matlamat MBBY.
  • Adanya sumber kewangan yang cukup untuk membiayainya.

Antara program yang disokong melibatkan pembinaan pusat pembacaan, program biblioterapi, program sumbangan buku dan alat perpustakaan serta program-program lain yang berkaitan. Individu, organisasi dan institusi adalah digalakkan untuk memberi sumbangan demi masa depan kanak-kanak dan remaja yang menderita. Sumbangan anda boleh disalurkan ke: MBBY, Nombor Akaun di Public Bank: 3132226416. Jadilah penyumbang hari ini dan bantu kami untuk membuat perubahan!


 

The purpose of the MBBY Children in Crisis Fund is to offer support for children whose lives have been disrupted through war, civil disorder or natural disaster. We hope the programme will not only provide immediate support and help, but that it will also make a long term impact in the communities, thus supporting MBBY’s goal of giving every child the Right to Become a Reader.

Based on predetermined criteria MBBY will select the communities where the projects will be funded. The basic criteria will include:

  • the existence of a short or long term situation of crisis in the lives of the children of the community;
  • the presence of a capable MBBY partner;
  • the strength of the project and its possible short and long term impact in fulfilling MBBY’s goals;
  • the availability of money.

Some of the relevant projects include establishment of reading and book centers, bibliotherapy sessions, contribution of books and library materials to affected communities, and reading sessions to help relieve trauma in children. Individuals, organizations and institutions are encouraged to contribute to this fund to help the children suffering from crises. You contributions can be credited to the MBBY account at the Public Bank: 3132226416. Become a donor today and help us to make a difference!