Logo-MBBYMALAYSIAN BOARD ON BOOKS FOR YOUNG PEOPLE

Activities 2012

BENGKEL PENULISAN BUKU KANAK-KANAK (DEWASA)

19 Mei, 16 Jun & 14 Julai 2012, di Perpustakaan Kuala Lumpur

Terbuka kepada merekayang ingin mendalami pengetahuan dan kemahiran seni penulisan buku kanak-kanak. Dikendalikan dalam tiga siri pada hari Sabtu minggu ketiga (10.00 am-4.00pm).

Yuran: RM100.00


 

KHEMAH BAKAT PENULISAN (KANAK-KANAK & REMAJA)

4-5 Jun 2012, di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bharu, Melaka, Kuching, Kota Kinabalu

Khemah percutian sekolah terbuka untuk golongan yang berusia 10-15 tahun dan 16-18 tahun yang ingin meneroka bakat penulisan profesional. Dengan bimbingan tokoh penulisan, khemah ini membina kemahiran kanak-kanak dari segi mendapatkan idea, merancang idea dan menterjemahkannya ke dalam bentuk penulisan media yang menarik serta berpotensi untuk diterbitkan. Tokoh-tokoh penulisan akan membimbing peserta dalam suasana yang mesra dan interaktif.

Yuran: RM60.00


 

KHEMAH ANIMASI (REMAJA, 15-18 TAHUN)

19-20 November 2012, di Kuala Lumpur, Johor Bahru & Pulau Pinang

Khemah percutian sekolah untuk remaja meneroka bakat menghasilkan cerita, papan cerita dan animasi. Peserta akan bergembira menelusuri proses pembikinan animasi dalam suasana yang membangkitkan kreativiti.

Yuran: RM100.00


 

BENGKEL PENCERITAAN UNTUK PENCERITA (DEWASA)

30 Jun 2012 (Sabtu), di Kuala Lumpur, Johor Bahru & Pulau Pinang

Para peserta didedahkan dengan seni dan kemahiran bercerita untuk membolehkan mereka membuat persembahan-persembahan bercerita bagi menggalakkan minat dan kecintaan terhadap buku. Sesuai untuk para pendidik dan penggerak budaya membaca.

Yuran: RM30.00


 

BENGKEL KOMUNIKASI & SENI BERCERITA (KANAK-KANAK, 9-12 TAHUN; REMAJA, 15-18 TAHUN)

30 Jun 2012 (Sabtu), di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka, Kuching & Kota Kinabalu

Keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi diasah melalui pelbagai teknik dan strategi bercerita. Ini juga bagi membolehkan mereka membuat persembahan-persembahan bercerita di hadapan khalayak bagi menggalakkan minat dan kecintaan terhadap buku. Bengkel ini bukan sahaja menggalakkan kreativiti dan pemikiran kritis tetapi mengatasi masalah tiada keyakinan diri.

Yuran: RM30.00


 

KHEMAH BAKAT ILUSTRASI (KANAK-KANAK 6–12 TAHUN; REMAJA 12-18 TAHUN)

21-22 November 2012 (Rabu & Khamis), di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka, Kota Bharu & Melaka

Bengkel ini bertujuan untuk mengasah bakat kanak-kanak dalam seni melukis dan penghasilan ilustrasi untuk buku, novel grafik, komik dan majalah. Ilustrator profesional akan membimbing peserta mencari idea dan menterjemahkan idea ke dalam bentuk lukisan yang menarik bagi penerbitan buku, majalah, komik atau novel grafik dan animasi.

Yuran: RM100.00


 

BENGKEL BIBLIOTERAPI

1 Disember 2012 (Sabtu), di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang

Biblioterapi merupakan suatu kaedah untuk meredakan ketegangan emosi melalui pembacaan dan diskusi tentang buku. Kenali dan terokai manfaat serta strategi mudah tentang bagaimana buku dan media boleh menjadi pengalaman positif kepada kehidupan yang penuh tekanan dan dugaan. Melalui kemahiran ini anda dapat membantu orang lain menghadapi kehidupan sukar.

Yuran: RM50.00


Untuk maklumat lanjut sila hubungi: Hjh Alimah Salam -Telefon: 019-3843676; emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..