Logo-MBBYMALAYSIAN BOARD ON BOOKS FOR YOUNG PEOPLE

Sesi Bercerita MBBY

Sesi Bercerita MBBY diadakan dengan kerjasama Pusat Pembelajaran Kejiranan (PPK) - Perpustakaan Putrajaya dari bulan September hingga November 2017. 

Sesi bercerita pertama diadakan pada 30 September pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan dikendalikan oleh Datin Rossiti Aishah Rashidi di PPK Presint 16 Putrajaya. Dengan judul "We Love Trees" daripada nukilan karyanya sendiri, beliau menekankan kepentingan alam sekitar kepada kanak-kanak yang hadir ke sesi bercerita bersamanya. Selain itu, aktiviti melukis juga diadakan. Aktiviti ini turut disertai oleh ibu bapa yang hadir menemani anak-anak mereka.     

Seterusnya pada 29 Oktober 2017, Sabtu, sesi bercerita berjudul "Happylicious Cooking with Mohana" dikendalikan pula oleh Puan Mohana Gill di PPK Presint 8 Putrajaya yang bertemakan pemakanan sihat. Aktiviti dimulakan dengan penerangan daripada siri Hayley's Happylicious karyanya sendiri, dan diikuti dengan aktiviti menyediakan makanan sihat menggunakan buah-buahan dan sayuran tempatan yang berkhasiat. 

Sesi Bercerita Bersama MBBY
Sesi Bercerita Pn Mohana 01
Sesi Bercerita Rossiti
Sesi Bercerita Rossiti01