Logo-MBBYMALAYSIAN BOARD ON BOOKS FOR YOUNG PEOPLE

Bengkel Kamishibai

Bengkel Kamishibai telah diadakan di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM) pada 14 dan 15 Mei 2017. Bengkel anjuran bersama MBBY dan UM ini dikendalikan oleh Etsuko Nozaka dari International Kamishibai Association of Japan (IKAJA). Bengkel ini disertai oleh kira-kira 20 orang peserta. 

Kamishibai merupakan salah satu teknik bercerita yang berasal dari Jepun. Menerusi bengkel ini, para peserta diperkenalkan dengan teknik penceritaan Kamishibai yang menggunakan menggunakan kad atau kertas keras yang mempunyai cerita dan ilustrasi untuk diceritakan kepada sekumpulan kanak-kanak. Cerita disampaikan oleh tukang cerita menerusi pentas mini atau kotak kayu berpintu tiga yang dipanggil sebagai "butai". 

Peserta bengkel juga diberi peluang untuk mengaplikasikan teknik ini setelah penerangan diberikan oleh Etsuko. 

Kamishibai Mei2017 02
Kamishibai Mei2017 01
Kamishibai Mei2017 05
Kamishibai Mei2017 04