Logo-MBBYMALAYSIAN BOARD ON BOOKS FOR YOUNG PEOPLE

Seminar MBBY

Seminar MBBY 01  

Satu seminar telah diadakan pada 29 Julai 2017 di Dewan Kuliah C, Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS), Universiti Malaya (UM). Seminar anjuran MBBY dengan kerjasama FSSS, UM ini melibatkan tiga pembentangan semula kertas kerja dari Malaysia yang pernah dibentangkan pada Asia-Oceania Regional IBBY Conference di Bangkok, Thailand yang diadakan pada 9-12 Mei 2017.

Pembentangan pertama berjudul "Empowering Children to Construct and Deconstruct Their Own Story" yang disampaikan oleh Dr Jamilah Mustafa dari Universiti Selangor (UNISEL). Ini diikuti oleh Prof. Madya Dr Maizurah Omar dari Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kertas kerja berjudul "Integrating Arts and Science to Enhance Visual Literacy" dan Prof. Dr Md Sidin Ahmad Ishak dari UNISEL dengan judul kertas kerjanya "Emerging Issues Related to Developmet of E-book in Malaysia."