Logo-MBBYMALAYSIAN BOARD ON BOOKS FOR YOUNG PEOPLE

Kerjasama MBBY dengan CBBY

Penularan pendemik Covid-19 di seluruh dunia telah memberi kesan kepada semua, termasuk kanak-kanak.

Untuk membantu kesedaran dan pemahaman tentang pendamik ini, Zhang Mingzhou, Presiden International Board on Books for Young People (IBBY) telah melancarkan program penterjemahan dan pembacaan iaitu “Picture Books about COVID-19 for Children Around the World”, dan semua ahli IBBY digalakkan untuk sama-sama menggerakkan program ini.

Sebagai rakan kerjasama yang menganggotai Jawatankuasa Eksekutif IBBB, MBBY menyambut baik hasrat ini dan bekerjasama untuk menjayakan program ini dengan menterjemahkan 11 buah buku berkaitan dengan pendamik ini daripada Life Tree Books ke dalam bahasa Malaysia.

Selain itu, orang ramai boleh melayaril laman sesawang www.lifetreebooks.org.cn untuk sama-sama menikmati cerita cerita yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris.