MALAYSIAN BOARD ON BOOKS FOR YOUNG PEOPLE
MBBy telah bekerjasama dengan Symphony Life Berhad untuk mendekati kanak-kanak Orang Asli dengan mengadakan Program Bercerita di Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, Pulau Carey.
Program yang diadakan pada 16 Februari 2020 ini telah disertai seramai 30 orang kanak-kanak orang Asli.
Pelbagai aktiviti diadakan termasuk bercerita dan membaca bagi memupuk semangat membaca dan belajar dalam diri mereka.
Symphony Life turut memberi sumbangan beg dan alat tulis kepada kanak-kanak yang hadir dalam program tersebut.