Logo-MBBYMALAYSIAN BOARD ON BOOKS FOR YOUNG PEOPLE

Perasmian Hari Buku Kanak-kanak Antarabangsa

Sambutan Hari Buku Kanak-kanak telah diadakan pada 6 April 2016 dengan kerjasama SKPP Presint 8(1) Putrajaya. Ini merupakan kali pertama MBBY mengadakan majlis perasmian sempena ICBD peringkat Malaysia. Majlis telah disampurnakan oleh YBhg. Dato Ahmad Redza, Presiden MBBY dan dihadiri oleh 1065 murid SKPP 8(1) dan 20 dari SKPP11(2). Turut hadir ke majlis ini ialah Puan Hajah Noriah Hamzah, Ketua Sektor Akademik yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, YDP PIBG dan ahli-ahli PIBG SKPP 8(1), guru-guru, dan beberapa orang AJK MBBY turut hadir. Majlis ini juga merupakan Majlis Pelancaran Kem Membaca I Malaysia SKPP 8(1).

Majlis telah berjalan dengan sangat meriah. Beberapa acara telah diadakan sempena majlis tersebut. Diantaranya ialah membaca beramai-ramai, persembahan nyanyian, bercerita dan zikir barat oleh pelajar-pelajar SKPP 8(1), sesi bercerita di bersama Tuan Sharif Apen (MBBY), sesi bercerita menggunakan teknik Kamishibai oleh Puan Mazny Mazni Md Ramly (MBBY), sesi mewarna dan pameran ilustrasi buku bergambar, pameran/jualan buku-buku Galeri Guru dan pameran buku-buku kanak-kanak luar negara.

 ICBD ICBD02 
 ICBD03  ICBD04