2019

Sambutan Hari Kamishibai Sedunia

MBBY telah mengadakan sambutan Hari Kamishibai Sedunia yang diistiharkan oleh pihak IKAJA Jepun pada 7 Disember setiap tahun.

Bagi tahun 2019 MBBY telah mengadakan 8 persembahan kamishibai sempena dengan Hari Kamishibai Sedunia ini seperti beikut:

  1. Ummi Samsul Khamariah Hamzah telah mengadakan persembahan kamishibai di Perpustakaan Awam Negeri Kedah di Alor Setar
  2. Puan Suraya Suraya Ariffin mengadakan sesi kamishibai secara live di Radio Perak@Fm Ipoh Perak,
  3. Puan Mazni Md Ramly mengadakan persembahan kamishibai di Perpustakaan Raja Tun Uda (RATU) Shah Alam Selangor. Sesi Puan Mazni ini telah diadakan live melalui Skype ke IKAJA Jepun
  4. Puan Hayati Ghani telah mengadakan sesi bersama kanak-kanak di Tadika Az Zaharah Klang Selangor
  5. Puan Filzah Daeng Ibrahim mengadakan persembahan kamishibai di PPK Presint 8 Putrajaya,
  6. Puan Aisyah Hazwanie Musa mengadakan persembahan kamishibai di Perpustakaan Komuniti Perpustakaan Negara Malaysia UTC Mall Kuala Lumpur
  7. Encik Sharif Apen mengadakan persembahan kamishibai di House of Traditional Costumes, Ampang Selangor
  8. Prof. Madya Dr. Jamilah Mustafa bersama pelajar-pelajar di Universiti Selangor (UNISEL) mengadakan persembahan kamishibai di Unisel Bestari Jaya.
  9.  Ummi Sham mengendalikan persembahan Kamishibai di Kedah

Festival Sastera Kanak-kanak 2019

MBBY telah dijemput untuk berkerjasama dengan pihak Perpustakaan Negara Malaysia bagi mengadakan Festival Sastera Kanak-Kanak (FSK) 2019. Festival tersebut telah dapat diadakan di Perpustakaan Negara Malaysia Kuala Lumpur selama 3 hari iaitu pada 4-6 Oktober 2019.

MBBY telah mengambil bahagian dengan mengendalikan beberapa aktiviti seperti berikut:

  1. Mengadakan pameran buku kanak-kanak dan remaja Malaysia
  2. Mengadakan pameran buku Honour List IBBY
  3. Mengendalikan sesi bercerita oleh ahli-ahli MBBY. Seramai 5 orang pencerita dari MBBY telah menggambil bahagian.
  4. Menjadi ahli Forum Halatuju Sastera Kanak-kanak Malaysia – Dato’ Ahmad Redza mewakili MBBY
  5. Mengadakan Seminar KOMSAS:pembangkin budaya membaca oleh Puan Mahaya Mohd Yassin
  6. Mengadakan Bengkel Penghayatan Buku Bergambar (Small Books Big Ideas) oleh Anyaman Preschool.
  7. Mengadakan Bengkel Bercerita Teknik Kamishibai
  8. Mengadakan Sembang santai Bersama Pencerita MBBY

Semua aktiviti yang diadakan telah berjaya menarik ramai peminat buku dan sastera kanak-kanak yang hadir. 

Putrajaya International Islamic Arts and Cultural Festival (PIIACUF)

Perbadanan Putrajaya telah mengadakan program Putrajaya International Islamic Arts and Cultural Festival (PIIACUF) 2019 di Putrajaya pada 25-28 Julai 2019. MBBY telah dijemput untuk mengadakan program di sepanjang festival tersebut.

MBBY telah mengadakan pameran buku Honour List IBBY dan mengadakan berbagai aktiviti oleh ahli-ahli MBBY. Program yang diadakan kebanyakanya merupakan sesi bercerita yang diadakan di dalam khemah khas yang dinamakan Yurta.

Sebanyak 10 sesi bercerita telah diadakan oleh ahli-ahli MBBY dan termasuk tetamu jemputan iaitu Mr. Woo Seok Yu dari Korea dan Dr. Zaharah dari Kedutaan Iran di Kuala Lumpur. Beberapa aktiviti sampingan juga telah diadakan seperti permainan tradisional dan sesi kraftangan. Mereka yang mengambil bahagian semasa PIIACUF ini ialah:

  • Puan Mazni Md. Ramly
  • Cikgu Ib Saian
  • Puan Siti Aishah Ismail
  • Tuan Nor Azhar Ishak
  • Tuan Woo Seok Yu dari Korea
  • Puan Filzah Daeng Ibrahim
  • Tuan Rahim Abdul Rahman
  • Cik Puan Mimi Salleh
  • Puan Zuhairah Ali
  • Puan Mahaya Mohd Yassin