2021

Kempen ini diadakan pada awal Jun 2021 bagi membantu pembinaan semula perpustakaan kanak-kanak di Gaza yang telah rosak teruk. Untuk tujuan ini, orang ramai boleh membeli buku Gemilangnya Putrajaya.

Buku ini menghimpunkan karya daripada beberapa orang penulis dan ilustrator dan diterbitkan oleh Mahir Publications Sdn Bhd. Selain itu, orang ramai turut memberikan sumbangan dalam bentuk wang untuk tujuan ini. Hasilnya, sebanyak lebih kurang RM6000 berjaya dikutip daripada kempen ini.

Sumbangan akan diserahkan melalui IBBY Children in Crisis Fund untuk diberikan kepada IBBY Palestin. MBBY mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu dan memberikan sumbangan ini.

Education Seminar Series

With the title Children, Book and Pandemic: The Art of Healing, this seminar was organized with the cooperation of Unisel.  The seminar can be watched via this link

MBBY International Conference on Children and Books 2021

MBBY telah mengadakan Persidangan Antarabangsa Kanak-kanak dan Buku (MBBY International Conference on Children and Books 2021) sempena sambutan Kuala Lumpur World Book Capital 2020 pada 16 dan 17 April 2021.

Persidangan yang bertemakan “Stories for Survival” ini diadakan secara bersemuka di Perpustakaan Kuala Lumpur dan secara dalam talian melalui Zoom dan Facebook Live.

Persidangan yang diadakan dengan kerjasama Universiti Selangor dan Kuala Lumpur World Book Capital Sekretariat ini melibatkan pembentangan dua ucaptama, iaitu daripada Dr Sharifah Aishah Osman (Malaysia) dan Mr Mingzhou Zhang (Presiden IBBY). Dr Sharifah menyampaikan kertas kerja berjudul “Beyond Survival: Narratives of Empowerment and Implications for the Advancementof Malaysian Youth Literature” manakala Mr Zhang dengan judul “IBBY Lifetree Books in the Pandemic”.

Selain itu sebanyak 17 kertas kerja telah dibentangkan yang membabitkan mereka dari pelbagai sektor seperti penerbit, ahli akademik, aktivis perbukuan, pencerita dan agensi kerajaan serta NGO. Puan Mohana Gill turut menyumbangkan buku-bukunya kepada wakil Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Publication of Gemilangnya Putrajaya!

As part of the 25th anniversary celebration of Putrajaya, a book titled Gemilangnya Putrajaya! (Magnificent Putrajaya!) was published.

It is a collection of 12 stories written and illustrated bywell known Malaysian writers and illustrators. The stories in the book are about children and adults enjoying their visits and exploration of Putrajaya. They are about the beauty of the landscape, lakes, as well as its flora and fauna around it.

The stories are:

  1. Ceria di Taman Wetland Putrajaya – written and illustrated by Basari Mat Yasit
  2. The Naga of Putrajaya – written and illustrated by Lim Lay Koon
  3. Uning – written and illustrated by Maslina Md Nor
  4. Putra Jaya and the Fairy of Perang Besar – written and illustrated by Heidi Shamsuddin
  5. Putrajaya Kebanggaan Kita (Pantun Kanak-Kanak) – written by Mahaya Mohd Yassin and illustrated by Husna Nassuna Siraje
  6. The Putrajaya Duck Cruise Adventure – written and illustrated by Nor Azhar Ishak
  7. Sehebat Putrajaya – written and illustrated by Mohd Khairul Azman Ismail
  8. The Butterfly – written and illustrated by Teoh Choon Ean
  9. Wetland Putrajaya Gemilang – written by Naemah Ismail and illustrated by Shahidatul Munirah Zaidun
  10. The Day Box Boy Saved Putrajaya – written and illustrated by C.K. Koh
  11. Putra-Jaya – written and illustrated by Elly Nor Suria Mohamed Zainudin
  12. The Glamour of Putrajaya – written by Mohana Gill and illustrated by Tan Vay Fern

Seminar Biblioterapi Malaysia

This seminar was held in conjunction with KLWBC.The theme was ‘Membaca Terapi Jiwa’ (Reading: A Therapy for the Soul).

It was jointly organised by the Persatuan Biblioterapi Malaysia (PERBIMA), Universiti Technology Mara and MBBY and the seminar was sponsored by KLWBC 2020.

Some of the topics covered were children’s emotions, empathy, psychological aspects, education, Libraries, special children, storytelling writing and literature.

The President of MBBY was invited as the Keynote Speaker and two of MBBY members presented papers as follows:

Bibliotheraphy and Storytelling by Samsul Khamariah Hamzah (Ummi Sham)

Bibliotheraphy and Writing: Producing Children’s Picture Books and Young Adults Novel by Teoh Choon Ean

Book Talk Series: Nutrition Writing

MBBY in collaboration with Universiti Selangor held a book talk session entitled Nutrition Writing online on March 26, 2021. At this session, Madam Mohana Gill shared her experience as a writer and global award-winning vegetarian book author.

The session can be watched here :

Festival Bercerita Putrajaya 2021

MBBY dengan kerjasan Perbadanan Putrajaya telah mengadakan Festival Bercerita Putrajaya pada 20 dan 21 Mac 2021. Sesi bercerita yang diadakan secara dalam talian ini melibatkan lapan orang penulis dan ilustrator terkenal Malaysia. Mereka menggunakan buku yang baharu diterbitkan, Gemilangnya Putrajaya! sebagai bahan penceritaan. Festival ini turut mengundangn seorang pencerita antarabangsa yang terkenal untuk turut serta.

Video sesi bercerita ini boleh ditonton di sini.

Bengkel Penulisan dan Penyuntingan Buku Kanak-Kanak

Bengkel Penulisan dan Penyuntingan Buku Kanak-kanak telah diadakan pada 3 dan 11 April 2021 di Mayor’s Court, Jalan Tangsi.

Bengkel dua sesi ini adalah salah satu aktiviti yang dijalankan sempena pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia.

Bengkel ini dikendalikan oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang penulisan dan penerbitan buku kanak-kanak seperti Puan Teoh Choon Ean, Puan Mohana Gill, Puan Mahaya Yassin, dan Puan Nor Azah Abdul Aziz.

Seramai lebih 40 orang peserta dari pelbagai latar belakang termasuk pendidik dan penulis, telah menyertai bengkel ini.