MBBY HONOUR LIST 2026
Tujuan
MBBY Honour List ialah pemilihan dwitahunan karya buku kanak-kanak dan remaja terbaik dari Malaysia yang memberi pengiktirafan terhadap kecemerlangan dalam penulisan, ilustrasi dan penterjemahan. Senarai ini bertujuan untuk menampilkan karya-karya yang mencerminkan kekayaan kesusasteraan dan budaya negara serta mempromosikan judul-judul Malaysia ke peringkat antarabangsa, termasuk untuk pencalonan ke IBBY Honour List.
Kategori
Pencalonan ini adalah untuk:
- Kategori Penulisan (buku dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil atau bahasa pribumi di Malaysia.
- Kategori Ilustrasi (buku yang berfokus pada ilustrasi seperti Picture Book atau Silent Book).
- Kategori Terjemahan (dari sebarang bahasa ke Bahasa Melayu atau dari Bahasa Melayu ke sebarang bahasa)
Kriteria Kelayakan
- Penerbit, editor, penulis atau sesiapa sahaja boleh mencalonkan seberapa banyak buku untuk MBBY Honour List.
- Buku mestilah pertama kali diterbitkan dalam tempoh tiga tahun iaitu 2023, 2024 dan 2025.
- Buku mestilah mempunyai ISBN serta mematuhi undang-undang hak cipta tempatan dan antarabangsa.
- Jika buku tersebut merupakan sebahagian daripada siri, hanya satu judul daripada siri itu boleh dicalonkan.
- Buku mestilah diterbitkan dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil atau bahasa pribumi.
- Penulis, ilustrator atau penterjemah mestilah warganegara Malaysia atau pemastautin tetap.
Kriteria Penilaian
- Sesuai untuk diterjemah dan diterbitkan di seluruh dunia.
- Memberikan gambaran tentang latar budaya, politik dan sosial tempat kanak-kanak atau remaja itu membesar dan menjalani kehidupan.
- Buku boleh digunakan dalam pembangunan program pendidikan dan literasi serta inisiatif penerbitan.
Proses Pencalonan
- Pencalonan mestilah menggunakan borang rasmi yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang MBBY:
- Tiga salinan fizikal buku yang dicalonkan hendaklah disertakan.
- Penilai profesional akan meneliti dan membuat pemilihan buku berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
Yuran Nominal Pencalonan
- Setiap pencalonan judul buku dikenakan bayaran nominal sebanyak RM25 (Ahli MBBY), RM50.00 (Bukan Ahli MBBY).
- Yuran ini diperlukan untuk membantu menampung kos penjurian, pentadbiran, promosi dan penghantaran ke Sekretariat IBBY di Switzerland.
- Bayaran hendaklah dibuat kepada MBBY: Nama Akaun: Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia. Nombor Akaun: 3132226416 (Public Bank)
Pengiktirafan
- Sijil rasmi akan dianugerahkan kepada calon terpilih dan penerbit mereka.
- Judul terpilih akan dimuatkan dalam katalog MBBY Honour List dan berpeluang dicalonkan ke IBBY Honour List 2026.
- Buku-buku yang terpilih juga boleh diikutsertakan dalam aktiviti promosi dan publisiti MBBY seperti Baca dan Bicara Buku MBBY, Ulasan Buku MBBY, Pameran Bergerak MBBY serta koleksi kekal di dalam dan luar negara.
Tarikh-tarikh Penting
- 1 Jun 2025: Jemputan pencalonan kepada penerbit, persatuan industri perbukuan, persatuan penulis dan penterjemah, serta perpustakaan.
- 30 Julai 2025: Tarikh Tutup Penerimaan Pencalonan dan penghantaran naskhah fizikal kepada Sekretariat MBBY.
- 1-15 Ogos 2025: Proses penjurian dan penyediaan katalog.
- September 2025: Pengumuman Buku Terpilih.
- 1 Oktober 2025: Penghantaran Pencalonan MBBY Honour List ke IBBY Honour List 2026.
Alamat Pencalonan dan Pertanyaan
Semua pencalonan beserta dengan penghantaran buku fizikal dan bukti pembayaran hendaklah dihantar kepada:
“Sekretariat MBBY Honour List, Perpustakaan UNISEL, Jalan Zirkon A 7/A, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.”
Semua pertanyaan boleh diajukan kepada: Encik Hafiz Abd Rahim: 03-55223402 (pejabat); 012-6246742 (telefon) atau aman web: https://mbby.org
Klik pada pautan di bawah untuk mengisi borang secara manual atau dalam talian: